Wednesday, September 9, 2009

Pengeluaran KWSP Meningkat Tiga Kali Ganda

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 3.5 kali ganda jumlah permohonan pengeluaran bagi tiga
bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


Sebanyak
555,000 permohonan di bawah pelbagai jenis skim pengeluaran bernilai
RM6.52 bilion telah diterima pada suku tahun pertama tahun ini
berbanding 123,000 permohonan bernilai RM2.67 bilion untuk tempoh tiga
bulan pertama tahun lepas.
Statistik
yang belum diaudit bagi suku tahun pertama ini menunjukkan peningkatan
permohonan pengeluaran disebabkan pengenalan skim-skim pengeluaran baru
untuk pendidikan (2,054), pembelian komputer (60,243), pekerja
berpencen (123,294) dan anuiti (118,854).
Permohonan
yang banyak diterima ini telah menjejaskan purata tempoh yang diambil
untuk memproses permohonan berkenaan. Pada suku tahun pertama tahun
lepas, sebanyak 98 peratus permohonan pengeluaran untuk umur 50 dan 55
tahun berjaya diproses dalam tempoh 14 hari. Sebaliknya, pada suku
tahun pertama tahun ini ia menurun kepada 88 peratus.
Begitu
juga dengan pemerosesan pengeluaran perumahan yang mana hanya 75
peratus permohonan dapat diproses dalam tempoh 14 hari. Ini berikutan
KWSP menerima sebanyak 47,000 permohonan iaitu meningkat 7.6 peratus
berbanding tempoh sebelum ini.
Peningkatan
yang mendadak dalam permohonan pengeluaran, pengagihan semula anggota
dan latihan untuk kakitangan kontrak yang baru telah menjejaskan tempoh
memproses permohonan pengeluaran tersebut.
Bagaimanapun, KWSP menjangka dapat memproses jumlah permohonan yang lebih besar pada suku tahun kedua ini.


Bilangan
ahli bagi suku tahun pertama tahun ini telah meningkat sebanyak 4.1
peratus kepada 10 juta berbanding 9.64 juta pada suku tahun pertama
tahun lepas. Jumlah majikan juga telah meningkat sebanyak enam peratus
daripada 303,800 kepada 322,000.
Caruman yang diterima bagi suku tahun ini meningkat 13.2 peratus kepada RM5.23 bilion berbanding RM4.62 bilion bagi suku tahun pertama 2000.
Untuk
tempoh yang diulas ini, pelaburan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia
(SKM) berjumlah RM66.6 bilion; Pinjaman (RM31.8 bilion); Ekuiti (RM38.5
bilion); Instrumen Pasaran Wang (RM43.3 bilion) dan Hartanah (RM1.2
bilion).
Jumlah
aset KWSP untuk suku tahun pertama 2001 ialah RM181.4 bilion dan
alokasi asetnya bagi tempoh berkenaan adalah seperti berikut:
Sekuriti Kerajaan Malaysia - 36.71 peratus
Pinjaman - 17.51 peratus
Ekuiti - 21.22 peratus
Instrumen Pasaran Wang - 23.88 peratus
Hartanah - 0.67 peratus

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan KWSP:

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan,
melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya
ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran
amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir
satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana.
Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan
seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan),
maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah,
boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada
pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki
pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar
7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%.

Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan
akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang
perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun
dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya
anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang
yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara
fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN
7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar
dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada
menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan
simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.

Banyakkan kelebihan KWSP jika anda tahu cara penggunaanya.

No comments:

Post a Comment